Terlalu rindu, kank2 redah malam ziarah kubur ibu meninggaI 4 hari lepas bersalin
Tidak dapat digambarkan perasaan apabila kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya, apatah lagi merasai kehilangan ibu bapa di usia masih kecil.
Seperti kisah tular ini, seorang lelaki memuat naik beberapa gambar tiga orang kanak-kanak berjalan dalam kegelapan malam menziarahi pusara ibu mereka kerana terlalu rindu.
Dalam perkongsian di Facebook itu, Syaffiq S. Salleh memberitahu ibu kepada anak-anak itu dipercayai baru sahaja meninggI dnia selepas empat hari bersalin anak yang ketiga.
Lebih memilukan, salah seorang daripada kanak-kanak berkenaan memegang tanah yang masih basah sambil meminta maaf serta meluahkan rasa rindu kepada ibu tersayang.
Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan dipercayai ‘curi-curi’ keluar ke pusara arwah ibu yang tidak jauh daripada rumah mereka tanpa pengetahuan orang dewasa yang pada ketika itu sedang mengadakan majlis tahlil.
Berikut perkongsian Syaffiq di FB yang meraih perhatian ramai;
Cerita malam ni aku nak kongsi. Aku pergi minum air dengan bapak sedara di kedai tepi kubur.
Duduk sekejap, nampak kelibat duk main kot pagar kubur, dengan lampu suluh kecik, lampu telefon. Cepat-cepat la kitorang pergi tengok takut ado gapo plak.
Sampai jer situ, tengok budak kecik 3 orang. Lebih kurang 12 tahun, 8-9 tahun, lepas tu dalam sorang lagi 5-6 tahun kot.
” Awok wat gapo sini dik?”
” Saya nak gi tengok kubur mama saya… saya rindu mama saya…”
Terkejut dengar. Kubur gelap, jalan ke kubur gelap, hutan kiri kanan. Budak kecik-kecik berjalan kaki datang, berani masuk dalam kawasan kubur hok gelap tu.
Bayang la perasaan rindu dia tu smpai tak rasa takut pun. TERLALU RINDU.
Lepas tu, dalam gelap 3 ni berjalan nak gi ke kubur mama dia, sementara pok sedaro bukok lampu. Sampai situ dia duduk, usap tanah hok basoh lg.
” Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam la luahan dia.
Ya Allah rasa nak menangis.
Arwah ibu dia m4ti selepas 4 hari bersalin anak ke-3. Kebumi subuh tadi kalau tak silap.
Malam ni ado tahlil di rumah arwh, jadi ahli keluarga tak dapat nak ikut si anak ini mintak nak gi kubur. Rumah tu dalam 3, 400 meter jer dari kubur. Tapi suasana gelap sungguh la.
Betapa tekadnya anak ini nak jumpa mama dia, nak luah, nak bercakap, nak beritahu rindu.
” InshaaAllah pakat sedekahkn al-fatihah dan doa kpd arwah. Allahummaghfirghlaha warhamha waafiha wa’fuanha,” akhiri Syaffiq.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak dengan kisah kanak-kanak tersebut yang masih lagi usia kecil sudah kehilangan ibu.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap agar kanak-kanak berkenaan terus tabah serta mendoakan arwah ibu mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber:fb Syaffiq S. Salleh

